Monday, October 12, 2009

SALINAN SURAT PERLANTIKAN AJK PRODUKSI PENGIMEJAN NUKLEAR



Rujukan kami : UPM/FPSK/UPN/T-TAD/T3-PhubDlmFak/F01

Tarikh : 8 Oktober 2009

Prof. Madya Dr.Abdul Jalil Nordin

Cik Salasiah Mustafa

En. Rosli Md.Yusof

En. Muhammad Ehsan Abd Aziz

Cik Komathy a/p Kuppusamy

En. Ismarezzal Ismail

Cik Zetti Zawi

En. Mohd Fauzree Arshad

Tuan/Puan,

PERLANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA PRODUKSI PENGIMEJAN NUKLEAR (JPPN).

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan tuan/puan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Produksi Pengimejan Nuklear berkuatkuasa serta merta bermula 8 Oktober 2009 (Khamis). Sila rujuk carta organisasi di lampiran satu (1) untuk makluman jawatan dan lampiran dua (2) untuk maklumat laman web dan sumbangan tugas masing-masing.

3. Tujuan JPPN ditubuhkan adalah untuk menguruskan aktiviti, penerbitan akademik dan penyelidikan, menguruskan CME, Bengkel, kursus, latihan, penyelenggaraan laman web dan lain-lain.

4. Bersama-sama ini disertakan borang persetujuan dan pengesahan penerimaan jawatan tersebut untuk dikemukakan kembali supaya boleh direkodkan. Mudah-mudahan Jawatankuasa ini dapat membantu kecemerlangan Pusat Pengimejan Nuklear UPM dengan semangat kasih sayang, kerjasama dan saling tolong-menolong di antara semua kakitangan.

Sekian, terima kasih.

' BERILMU BERBAKTI '

Yang menjalankan tugas,

NUR HAFIZAH MOHAD AZMI

Pengerusi,

Jawatankuasa Produksi Pengimejan Nuklear.

s.k : 1. Timbalan Pendaftar , FPSK,UPM.



Regards
NUCLEAR IMAGING CENTRE
Faculty of Medicine & Health Sciences
University Putra Malaysia
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel./ Faks : 03-89472775
Email : nuclearimagingcentre@yahoo.com


No comments:

Post a Comment